Wednesday, 30 May 2018

Persoalan dan Latar Masyarakat


PERSOALAN
1.       Menghormati budaya dan adat kaum lain.
Contoh: Raja Kedah yang datang ke Melaka. Di Melaka, sultan Melaka dan menteri – menteri tidak makan bersama Bendahara Seri Maharaja. Hal ini demikian kerana apabila sudah selesai Bendahara Seri Maharaja makan, maka barulah sultan Melaka dan segala menteri makan. Ini merupakan budaya dan adat negeri Melaka. Sultan Kedah juga turut mengamalkannya apabila baginda berada di Melaka.

2.       Bijak dalam menggunakan peluang yang ada.
Contoh: Hang Nadim yang bijak menggunakan peluang yang ada demi menebus kesalahannya kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau telah pergi ke Pahang untuk menculik Tun Fatimah untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau berjaya dan ini telah menyebabkan beliau dianugerahi emas dan pengampunan.

3.       Kepintaran Bendahara Melaka.
Contoh: Bendahara Melaka iaitu Tun Perpatih Putih merupakan bendahara yang pintar dan bijak bermain dengan psikologi. Contohnya, ketika Tun Perpatih Putih dihantar oleh Sultan Mansur Syah ke Benua China dia telah menggunakan kepintarannya  dengan memberitahu bahawa orang Melaka ini makanannya adalah sayur kangkung jangan dikerat-kerat, dibelah sepanjang-panjangnya. Disebabkan kepintarannya menggunakan kelicikan dan kebijaksanaannya menyebabkan dia dapat melihat rupa Raja China di dalam mungkur kaca di dalam mulut naga.

4.       Kepimpinan Melalui Teladan.
Contoh: Sultan Alaudin Ri’ayat Syah sendiri turun bersama Hang Isak dan Hang Siak menangkap pencuri yang semakin berleluasa di negerinya, sedangkan bendaharanya Seri Maharaja tidak menjalankan tanggungjawab kerana tidak berkawal pada malam hari dan menyebabkan pencuri masuk ke dalam negeri.

5.       Peperangan dan penaklukan antara dua negeri
Peperangan yang terjadi ini melibatkan kuasa-kuasa pemerintahan pemimpin yang bijaksana sehingga bukan sahaja menawan negeri jajahan tetapi juga menawan anak isteri. Buktinya, Raja Inderagiri menghancurkan Lingga sehingga menawan anak isteri Maharaja Isak ( Raja Lingga ). Kejayaan  Raja Inderagiri ( Raja Nara Singa ) ini pun menjadi kesayangan Sultan Mahmud Syah. Kejayaan Raja Nara Singa menawan kerajaan LIngga ,maka Raja Nara Singa telah menjadi suatu kebanggaan bagi Sultan Mahmud Syah.

6.       Kebijaksanaan seorang pemimpin untuk menentang musuh.
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai kebijaksanaan dalam mempertahankan negeri daripada ancaman musuh. Sebagai contoh, sewaktu Siam menyerang Melaka, Tun Perak menyuruhkan semua anak dan isteri pahlawan untuk turun sekali berperang supaya dapat menaikkan semangat tentera Melaka untuk menghadapi Siam dan akhirnya Siam kalah.

7.       Kesetiaan pengikut terhadap tuannya
Persoalan kesetiaan rakyat banyak diterapkan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional. Setia menjadi satu persoalan pokok yang terpancar daripada cerita-cerita tradisional. Watak Hang Tuah  adalah lambang kesetiaan rakyat yang mutlak dan watak ini sebenarnya sekadar mewakili rakyat berketurunan Melayu dalam menyempurnakan waadat yang termeterai antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba seperti mana yang tercatat dalam Sejarah Melayu. Dalam episod itu, Demang Lebar Daun  bersumpah untuk menumpuhkan segala ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada rajanya, manakala di pihak Sang Sapurba pula telah bersumpah jika keturunannya menganayai rakyat, akibatnya negara akan runtuh.

8.       Keagungan raja dan negara 
Satu perkara yang tidak boleh dinafikan dalam karya-karya tradisional Melayu ialah raja diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Keagungan raja dan negara diangkat menjadi persoalan utama dalam karya-karya kesusasteraan. Oleh itu, raja di diberikan gambaran-gambaran hebat termasuklah diwarnai dengan unsur-unsur dongeng dan mitos. Sejarah Melayu misalnya; mengaitkan nasab raja-raja Melaka dengan Iskandar Dzulkarnain dari Makadunia. Selain itu, keagungan raja juga digambarkan oleh pengarang-pengarang sastera Melayu tradisional melalui peristiwa yang dianggap penting. Dalam Hikayat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa misalnya, terdapat peristiwa-peristiwa ajaib tentang proses pengislaman raja-rajanya. Misalnya, mereka bermimpi bertemu Nabi Muhammad, diludahi mulut mereka oleh Baginda dan tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadat dan juga kejadian brrkhatan melalui mimpi. Dalam soal kenegaraan pula, bangsa Melayu mempunyai konsep khas untuk negeri(negara) Kewujudan sesebuah negeri hanya diiktiraf jika negeri itu mempunyai raja. Raja yang tidak bernegeri tidak diterima ke-raja-annya. Dengan kata lain, keagungan sesebuah negeri itu bergantung kepada kehebatan rajanya. Kewujudan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh atau menakjubkan, misalnya pembukaan Melaka yang berdasarkan kejadian pelanduk menendang anjing perburuan Parameswara.

9.       Keagamaan dan kepercayaan
Bangsa Melayu melalui tiga fasa kepercayaan dan keagamaan, iaitu bermula dengan animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Kesemuanya terpancar dalam hasil-hasil kesusasteraan. Kedatangan pengaruh agama dan budaya Islam ke alam Melayu telah mencorakkan satu bentuk sistem kepercayaan dan kebudayaan baru di kalangan masyarakat  Islam sebagai agama yang menyeluruh telah tersebar begitu pesat sekali sehinggakan dalam tempoh tidak sampai satu abad, hampir seluruh alam Melayu telah diislamkan. Kejayaan ini banyak bergantung pada strategi penyebaraan dan pendekatan yang digunakan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam yang datang khususnya dari benua Arab dan India. Secara umumnya, selain persoalan keagamaan yang begitu dominan dalam karya-karya pengarang sastera Melayu tradisional khususnya selepas kedatangan Islam, unsur-unsur kepercayaan lain terus subur dalam hasil-hasil karya sastera melayu yang lain. Kepercayaan animisme misalnya tetap menjadi pilihan pengarang atau pencipta sesebuah karya.Persoalan ini banyak dilihat dalam cerita-cerita lisan seperti mitos, lagenda dan cerita rakyat. Antaranya cerita-cerita yang menonjolkan unsur sistem kepercayaan animisme misalnya cerita Asal Usul Dunia, cerita Semangat padi, cerita Badang dan cerita Langsuir.Unsur-unsur ini juga banyak terdapat dalam manifestasi jampi dan mantera serta ditemui dalam cerita-cerita penglipur lara, yang diselitkan dalam pengambaraan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh wira dan wirawati.

10.   Pendidikan/moral
Hakikat bahawa sastera Melayu tradisional menjadi media pendidikan masyarakat pendidikan masyarakat Melayu lama adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Pada zaman tiada instutisi pendidikan yang formal ,selain terdidik daripada pengalaman sendiri, masyarakat juga dapat menimba ilmu pengetahuan dengan mendengar cerita dan pengalaman orang lain dalam kelompok asing. Disinilah terletak peranan pengarang atau pencipta hasil sastera zaman itu. Penyampaian mesej pendidikan dan moral dibuat dengan berhati-hati .Adalah penting bagi pengarang atau pencipta karya supaya memilih isu yang sesuai, bahasa yang berseni dan berlapik serta situasi pengucapan atau penyampaian yang tepat. Itulah sebabnya mesej-mesej pendidikan ini banyak disusun  dalam bentuk puisi termasuklah pantun, gurindam, seloka, peribahasa, masnawi, nazam, berzanji, rubai, rejang dan teromba. Bentuk puisi yang ternyata lebih ringkas berbanding prosa. Seseorang yang telah melakukan salah boleh dinasihati, disindir dan ditegur. Pengunaan diksi yang bersifat konotatif dalam puisi-puisi tersebut dapat mengurangkan kesan emosi terhadap seseorang yang ditegur.



LATAR MASYARAKAT
1.        Masyarakat yang taat setia pada raja.
Contoh, titah baginda “Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah oleh pelanduk, jikalau orangnya betapa lagi?” maka sembah orang Besar-besar, “benarlah seperti titah duli tuanku itu.” Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Peristiwa ini menunjukkan taat setia dan patuh akan Raja Iskandar Syah.
2.       Masyarakat yang beperangan.
Buktinya, Raja Inderagiri menghancurkan Lingga sehingga menawan anak isteri Maharaja Isak (Raja Lingga). Kejayaan Raja Inderagiri (Raja Nara Singa) ini pun menjadi kesayangan Sultan Mahmud Syah. Kejayaan Raja Nara Singa menawan kerajaan LIngga ,maka Raja Nara Singa telah menjadi suatu kebanggaan bagi Sultan Mahmud Syah.
3.       Masyarakat yang menghormati budaya dan adat kaum lain.
Contoh: Raja Kedah yang datang ke Melaka. Di Melaka, sultan Melaka dan menteri – menteri tidak makan bersama Bendahara Seri Maharaja. Hal ini demikian kerana apabila sudah selesai Bendahara Seri Maharaja makan, maka barulah sultan Melaka dan segala menteri makan. Ini merupakan budaya dan adat negeri Melaka. Sultan Kedah juga turut mengamalkannya apabila baginda berada di Melaka.


4.       Masyarakat yang bijak dalam menggunakan peluang yang ada.
Contoh: Hang Nadim yang bijak menggunakan peluang yang ada demi menebus kesalahannya kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau telah pergi ke Pahang untuk menculik Tun Fatimah untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau berjaya dan ini telah menyebabkan beliau dianugerahi emas dan pengampunan.
5.       Masyarakat yang bercucuk-tanam.
Sebagai contoh, dua orang perempuan balu berhuma padi, terlalu luas humanya adalah namanya seorang Wan Empuk dan seorang Wan Malini.


No comments:

Post a Comment