PERSOALAN
1. Menghormati
budaya dan adat kaum lain.
Contoh: Raja Kedah yang datang ke
Melaka. Di Melaka, sultan Melaka dan menteri – menteri tidak makan bersama
Bendahara Seri Maharaja. Hal ini demikian kerana apabila sudah selesai
Bendahara Seri Maharaja makan, maka barulah sultan Melaka dan segala menteri
makan. Ini merupakan budaya dan adat negeri Melaka. Sultan Kedah juga turut
mengamalkannya apabila baginda berada di Melaka.
2.
Bijak dalam menggunakan peluang yang
ada.
Contoh: Hang Nadim yang bijak
menggunakan peluang yang ada demi menebus kesalahannya kepada Sultan Mahmud
Syah. Beliau telah pergi ke Pahang untuk menculik Tun Fatimah untuk dijadikan
isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau berjaya dan ini telah menyebabkan
beliau dianugerahi emas dan pengampunan.
3.
Kepintaran Bendahara Melaka.
Contoh: Bendahara Melaka iaitu
Tun Perpatih Putih merupakan bendahara yang pintar dan bijak bermain
dengan psikologi. Contohnya, ketika Tun Perpatih Putih dihantar oleh
Sultan Mansur Syah ke Benua China dia telah menggunakan
kepintarannya dengan memberitahu bahawa orang Melaka ini makanannya
adalah sayur kangkung jangan dikerat-kerat, dibelah sepanjang-panjangnya.
Disebabkan kepintarannya menggunakan kelicikan dan kebijaksanaannya menyebabkan
dia dapat melihat rupa Raja China di dalam mungkur kaca di dalam mulut naga.
4.
Kepimpinan Melalui Teladan.
Contoh: Sultan Alaudin Ri’ayat
Syah sendiri turun bersama Hang Isak dan Hang Siak menangkap pencuri yang
semakin berleluasa di negerinya, sedangkan bendaharanya Seri Maharaja tidak
menjalankan tanggungjawab kerana tidak berkawal pada malam hari dan menyebabkan
pencuri masuk ke dalam negeri.
5.
Peperangan dan penaklukan antara dua
negeri
Peperangan yang terjadi ini
melibatkan kuasa-kuasa pemerintahan pemimpin yang bijaksana sehingga bukan
sahaja menawan negeri jajahan tetapi juga menawan anak isteri. Buktinya, Raja
Inderagiri menghancurkan Lingga sehingga menawan anak isteri Maharaja Isak (
Raja Lingga ). Kejayaan Raja Inderagiri ( Raja Nara Singa ) ini pun
menjadi kesayangan Sultan Mahmud Syah. Kejayaan Raja Nara Singa menawan
kerajaan LIngga ,maka Raja Nara Singa telah menjadi suatu kebanggaan bagi
Sultan Mahmud Syah.
6.
Kebijaksanaan seorang pemimpin untuk
menentang musuh.
Seorang pemimpin seharusnya
mempunyai kebijaksanaan dalam mempertahankan negeri daripada ancaman musuh. Sebagai
contoh, sewaktu Siam menyerang Melaka, Tun Perak menyuruhkan semua anak dan
isteri pahlawan untuk turun sekali berperang supaya dapat menaikkan semangat
tentera Melaka untuk menghadapi Siam dan akhirnya Siam kalah.
7.
Kesetiaan pengikut terhadap tuannya
Persoalan kesetiaan rakyat banyak
diterapkan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional. Setia menjadi
satu persoalan pokok yang terpancar daripada cerita-cerita
tradisional. Watak Hang Tuah adalah lambang kesetiaan rakyat yang
mutlak dan watak ini sebenarnya sekadar mewakili rakyat berketurunan Melayu
dalam menyempurnakan waadat yang termeterai antara Demang Lebar Daun dengan
Sang Sapurba seperti mana yang tercatat dalam Sejarah Melayu. Dalam episod itu,
Demang Lebar Daun bersumpah untuk menumpuhkan segala ketaatsetiaan yang
tidak berbelah bagi kepada rajanya, manakala di pihak Sang Sapurba pula telah
bersumpah jika keturunannya menganayai rakyat, akibatnya negara akan runtuh.
8.
Keagungan raja dan negara
Satu perkara yang tidak boleh
dinafikan dalam karya-karya tradisional Melayu ialah raja diletakkan pada
kedudukan yang tinggi. Keagungan raja dan negara diangkat menjadi persoalan
utama dalam karya-karya kesusasteraan. Oleh itu, raja di diberikan gambaran-gambaran
hebat termasuklah diwarnai dengan unsur-unsur dongeng dan mitos. Sejarah
Melayu misalnya; mengaitkan nasab raja-raja Melaka dengan Iskandar Dzulkarnain
dari Makadunia. Selain itu, keagungan raja juga digambarkan oleh
pengarang-pengarang sastera Melayu tradisional melalui peristiwa yang dianggap
penting. Dalam Hikayat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong
Mahawangsa misalnya, terdapat peristiwa-peristiwa ajaib tentang proses
pengislaman raja-rajanya. Misalnya, mereka bermimpi bertemu Nabi Muhammad,
diludahi mulut mereka oleh Baginda dan tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah
syahadat dan juga kejadian brrkhatan melalui mimpi. Dalam soal kenegaraan pula,
bangsa Melayu mempunyai konsep khas untuk negeri(negara) Kewujudan sesebuah
negeri hanya diiktiraf jika negeri itu mempunyai raja. Raja yang tidak
bernegeri tidak diterima ke-raja-annya. Dengan kata lain, keagungan sesebuah
negeri itu bergantung kepada kehebatan rajanya. Kewujudan sesebuah negeri
dikaitkan dengan peristiwa aneh atau menakjubkan, misalnya pembukaan Melaka
yang berdasarkan kejadian pelanduk menendang anjing perburuan Parameswara.
9.
Keagamaan dan kepercayaan
Bangsa Melayu melalui tiga fasa
kepercayaan dan keagamaan, iaitu bermula dengan animisme, Hindu-Buddha dan
Islam. Kesemuanya terpancar dalam hasil-hasil kesusasteraan. Kedatangan
pengaruh agama dan budaya Islam ke alam Melayu telah mencorakkan satu bentuk
sistem kepercayaan dan kebudayaan baru di kalangan masyarakat Islam
sebagai agama yang menyeluruh telah tersebar begitu pesat sekali sehinggakan
dalam tempoh tidak sampai satu abad, hampir seluruh alam Melayu telah
diislamkan. Kejayaan ini banyak bergantung pada strategi penyebaraan dan
pendekatan yang digunakan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam yang datang
khususnya dari benua Arab dan India. Secara umumnya, selain persoalan
keagamaan yang begitu dominan dalam karya-karya pengarang sastera Melayu
tradisional khususnya selepas kedatangan Islam, unsur-unsur kepercayaan lain
terus subur dalam hasil-hasil karya sastera melayu yang lain. Kepercayaan
animisme misalnya tetap menjadi pilihan pengarang atau pencipta sesebuah
karya.Persoalan ini banyak dilihat dalam cerita-cerita lisan seperti mitos,
lagenda dan cerita rakyat. Antaranya cerita-cerita yang menonjolkan unsur
sistem kepercayaan animisme misalnya cerita Asal Usul Dunia, cerita Semangat
padi, cerita Badang dan cerita Langsuir.Unsur-unsur ini juga banyak terdapat
dalam manifestasi jampi dan mantera serta ditemui dalam cerita-cerita penglipur
lara, yang diselitkan dalam pengambaraan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
wira dan wirawati.
10.
Pendidikan/moral
Hakikat bahawa sastera Melayu
tradisional menjadi media pendidikan masyarakat pendidikan masyarakat Melayu
lama adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Pada zaman tiada instutisi
pendidikan yang formal ,selain terdidik daripada pengalaman sendiri, masyarakat
juga dapat menimba ilmu pengetahuan dengan mendengar cerita dan pengalaman
orang lain dalam kelompok asing. Disinilah terletak peranan pengarang atau
pencipta hasil sastera zaman itu. Penyampaian mesej pendidikan dan moral
dibuat dengan berhati-hati .Adalah penting bagi pengarang atau pencipta karya
supaya memilih isu yang sesuai, bahasa yang berseni dan berlapik serta situasi
pengucapan atau penyampaian yang tepat. Itulah sebabnya mesej-mesej pendidikan
ini banyak disusun dalam bentuk puisi termasuklah pantun, gurindam,
seloka, peribahasa, masnawi, nazam, berzanji, rubai, rejang dan teromba. Bentuk
puisi yang ternyata lebih ringkas berbanding prosa. Seseorang yang telah
melakukan salah boleh dinasihati, disindir dan ditegur. Pengunaan diksi yang
bersifat konotatif dalam puisi-puisi tersebut dapat mengurangkan kesan emosi
terhadap seseorang yang ditegur.
LATAR MASYARAKAT
1.
Masyarakat
yang taat setia pada raja.
Contoh, titah baginda “Baik
tempat ini diperbuat negeri, anjing alah oleh pelanduk, jikalau orangnya betapa
lagi?” maka sembah orang Besar-besar, “benarlah seperti titah duli tuanku itu.”
Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Peristiwa ini menunjukkan taat
setia dan patuh akan Raja Iskandar Syah.
2.
Masyarakat yang beperangan.
Buktinya, Raja Inderagiri
menghancurkan Lingga sehingga menawan anak isteri Maharaja Isak (Raja Lingga).
Kejayaan Raja Inderagiri (Raja Nara Singa) ini pun menjadi kesayangan
Sultan Mahmud Syah. Kejayaan Raja Nara Singa menawan kerajaan LIngga ,maka Raja
Nara Singa telah menjadi suatu kebanggaan bagi Sultan Mahmud Syah.
3.
Masyarakat yang menghormati budaya dan
adat kaum lain.
Contoh: Raja Kedah yang datang ke
Melaka. Di Melaka, sultan Melaka dan menteri – menteri tidak makan bersama
Bendahara Seri Maharaja. Hal ini demikian kerana apabila sudah selesai
Bendahara Seri Maharaja makan, maka barulah sultan Melaka dan segala menteri
makan. Ini merupakan budaya dan adat negeri Melaka. Sultan Kedah juga turut
mengamalkannya apabila baginda berada di Melaka.
4.
Masyarakat yang bijak dalam menggunakan
peluang yang ada.
Contoh: Hang Nadim yang bijak
menggunakan peluang yang ada demi menebus kesalahannya kepada Sultan Mahmud
Syah. Beliau telah pergi ke Pahang untuk menculik Tun Fatimah untuk dijadikan
isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau berjaya dan ini telah menyebabkan
beliau dianugerahi emas dan pengampunan.
5.
Masyarakat yang bercucuk-tanam.
Sebagai contoh, dua orang
perempuan balu berhuma padi, terlalu luas humanya adalah namanya seorang Wan
Empuk dan seorang Wan Malini.